Sunday 31 May 2015

Cik Cem Jalan-jalan di Negara Gajah Putih Part 1

Assalamualaikum...

Sudah bertahun Cik Cem tak menulis di ruangan blog Cik Cem ni...Rasanya sudah berkarat. Namun permulaan untuk tahun 2015 ini, walaupun dah masuk pertengahan tahun 2015, tapi tak apalah. Asalkan tangan Cik Cem semakin rajin memetik keyboard itu sudah bagus.
 
Tidak ada apa yang Cik Cem nak kongsikan. Hanya cerita biasa. Dua minggu lepas Cik Cem stress yang amat. So ada peluang Cik Cem dengan kawan pergi jalan-jalan ke Negara Gajah Putih. Sambil menyelam minum air orang kata. Sambil jalan-jalan cuci mata, Cik Cem praktik sedikit bahasa Thai yang Cik Cem belajar dari buku.
 
Cik Cem hanya berdua dengan kawan Cik Cem. Sebetulnya kami bertiga, tiba-tiba seorang kawan Cik Cem ni, tidak dapat ikut serta kerana masalah peribadi, jadi berdua lebih baik kata orang. Seperti biasa, Cik Cem dan kawan menaiki train di KL Sentral jam 10.30 mlm. Cik Cem beli tiket duduk, sebab tiket tidur sudah habis. Jadi Cik Cem beli tiket pergi dahulu, tiket balik belum beli lagi. Harap-harap tiket balik nanti adalah di sana.
 
Negara Gajah Putih tu besar, Cik Cem hanya pergi ke Hatyai je. hehehe...jangan risau ramai orang Malaysia yang pergi sana. Sudah rasa macam tempat sendiri, kerana kebanyakan pekerja pandai bercakap bahasa Melayu...
 
Cik Cem sampai ke Haytai kira-kira jam 10.30 pagi (masa Hatyai). Terus beli tiket balik ke Kuala Lumpur. Dapat yang tidur lagi yang hanya berharga 518 bhat. Cik Cem dan kawan bercadang nak  ke Krabi satu malam tidur di sana, tetapi memandangkan harga van yang ditawarkan sangat mahal untuk bajet Cik Cem, jadi Cik Cem tak jadi pergi.
 
dalam Kereta api, Cik Cem hanya ditemani buku dan air mineral
 

inilah tempat tinggal yang dipilih Cik Cem.
 
 
Kebetulan setelah sampai, Cik Cem makan dahulu di kedai Muslim. Sambil makan-makan Ck Cem terdengar dua orang remaja perempuan ni bercakap dalam lorat Kelantan. Terus Cik Cem pergi tanya mereka asal mana. Mereka cakap asal Naratiwat, terus Cik Cem minta tolong mereka tanyakan tuan kedai makan tempat tinggal atau hotel yang murah untuk Cik Cem. So Ladda Guesthouse jadi pilihan Cik Cem dan kawan. Hanya  berharga 450 Bhat semalam. Ok lah Cik Cem kan bajet untuk percutian kali ni.
 
 
waktu jalan-jalan tengah malam, Cik Cem terjumpa kedai makan ni..Cik Cem tak makan pun, ambil gambar je! serius bangga rakyat Kelantan kalau macam ni.
 
 

Jalan punya jalan, tiba-tiba terdengar bunyi meriah seperti konsert gitu. Cik Cem dan kawan apa lagi terus pergi. Macam-macam ada, konsert, jual-jual makanan, urut-mengurut.
 
salah satu makan yang dijual di situ.
 
huhuhu...berani nak makan!

senyum je Cik Cem ambil gambar ni...
 
macam cantik kuih ni. Cik Cem tak tahu nama apa.

Ini pun sama. Ambil gambar je!

Urut kaki dengan harga 150 bhat. Cik Cem dan kawan apa lagi terus hulur kaki.

Konsert diorang memang kelas. Pakai baju pagoda duk nyanyi atas pentas.



Meriah sungguh.
 
Cik Cem sambung lagi kisah keesokan harinya ya...dalam part 2.
 

 
 
 





Wednesday 25 April 2012

Assalamualaikum....

Pesta buku datang lagi untuk tahun 2012 ini. so sekarang ni sape-sape yang nak beli buku yang dihajati bolehlah singgah atau berkampung di PWTC esok. buat senarai buku-buku yang nak beli baru senang di sana nanti.

kepada yang membawa anak-anak yang masih kecil silalah berhati-hati menjaga anak anda semua. u know what u do right. ok selamat berpesta dengan buku-buku kesukaan anda nanti. jumpa di sana.

Thursday 5 January 2012

Senario 'MASIN' dan 'JODOH'

Kenapa 'Masin'? kenapa bukan manis, masam, pahit, ataupun sekadar hawa-hawa...
dalam masyarakat Melayu terutamanya akan mengaitkan masin dengan jodoh seseorang itu.
persoalaannya betul ke semua ini?
hai kalau nak ikutkan kekerapan kita masak masin ini dalam seminggu adalah berkali-kali aku makan.
macam mana pulak jika seseorang itu jenis yang suka masin..segala benda dia nak masin...parah jugak jika kita kaitkan dia dengan JODOH.
terbaru bubur kacang masin...
macam mana dengan perkara ini. selalunya bubur adalah manis dan bukannya masin..
mungkin ini boleh dikaitkan dengan JODOH. ahhahah (jgn marah)....

kita kena tengok juga siapa yang masak itu...kalau dah umur boleh kahwin bolehlah kita kaitkan dengan MASIN+JODOH itu. dan kalau yang masak itu umurnya dah taraf nenek mungkin ia terlepas dari persoalan ini. dan persoalan yang betul ialah MASIN+NYAYUK.

apa-apa pun kita xboleh berdasarkan sesuatu perkara dan kita percaya takdir dalam hidup kita. ini xelok lah sesangat...jgn kurafat sudah...

"Dalam pantun ada humor dalam humor ada kelucahan"

"Dalam pantun ada humor dalam humor ada kelucahan" itulah tajuk artikal oleh Dr Saiful Bahari dari PPBKKM, UKM. kalau baca tajuk pun dah lawak, aku rasa lagi lah gegak-gumpita waktu perbentangan itu berlangsung di USM baru-baru ini.  itulah pantun yang unik dan dinamik sifatnya yang tersirat jiwa, seni, kebijaksanaan dan budi bahasa Melayu. kejenakaan Melayu untuk berhibur telah mewujudkan penulisan artikal ini...
sebagai contoh beberapa pantun yang sempat aku tulis adalah:

apa menantu? hantu
apa anak? pontianak

jgn terkejut jika membaca pantun y agak kelucahan ini ya...

dulu catit sekarang cacat
dulu kelentit sekarang pantat

cekur kunyit halia garam
tidurlah buret hari dah malam

ayam borek telaga batu
     tambat mari pintu gua
lobang buret dapat satu
     lobang pantat dapat dua

jinak-jinak burung merpati
   jinak lagi burung sendiri
burung merpati dipegang lari
    burung sendiri dipegang berdiri    (sumber: teo kok seong)

kambing biri-biri
  masuk tanah Jawa
konek aku dah berdiri
  pantat dah mula ketawa     (sumber; Jamaluddin Jaffar)

kupas pinnag terbit kulit
   pinang sekacip sireh secarik
sembilang bulan perut buncit
   panggil tok bidan tolong tarik

apek mintak itik
  nyonya nak ayam
apek mintak pepek
  nyonya kata malam

nyonya kata sakit
  apek kata diam
nyonya terus kepit
  apek muntah dalam

hebat wanita terserlah sudah
   mengendong susu sikit tak tumpah
hebat lelaki jangan disanggah
   mengepit telur haram tak pecah

itulah sedikit sebanyak pantun yang sememangnya terserlah kelucahan dalam senda gurau...aku waktu menulis pantun ini pun asyik mengeleng kepala dan sengeh je....teruk juga senda gurau org Melayu kita ni...apa-apa pun itu hanyalah sebagai humor sahaja sehari-hari dalam kehidupan kita...

konsi rasa ramadhan

assalamualaikum

Ramadhan sudah berlalu. tapi baru aku tersedar dalam lamunan yang panjang betapa bertinya ramadhan ini. sungguh. bila ramadhan berlalu baru aku terasa roh ramadhan itu. sedih kerana sia-sianya. aku juga salah seorang yang terjerumus dalam pandangan itu. mengibaratkan sebagai ramadhan itu budaya di negara ini. tidak tahu erti sebenar ramadhan. ramadhan bukan hanya diertikan dengan bazar ramadhan. bukan diertikan dengan malam tujuh likur pasang pelita. bukan diertikan dengan lawan meriam antara kampung sebelah. bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. bukan dierikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa kat tv.  tetapi benda itulah yang dah menjadi definisi ramadhan kat Malaysia sekarang ini. orang dah hilang erti ramadhan itu sendiri. rupa-rupanya ramadhan itu penyucian.

dan aku juga salah satu daripada semua ini. bila baca quran selalu je terasa diri sebagai watak putih. tapi aku lupa cukup ke kriteria nak jadi watak putih itu. cukup ke apa yang kita buat selama ini   untuk dengan bangganya kata 'aku orang yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang yang beriman, wahai orang mukmin...golongan-golongan muhsin tu'. yakin yang kita ini orang yang Allah sebut dalam quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat tanpa limit tu? betul amal kita dah cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sbut itu? sepatutnya kita letak diri kita untuk jadi watak hitam. bayangkan diri kita orang yang diseksa dalam neraka oleh Allah. bayangkan kita lah orang yang kena azab. barulah kita berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan itu. kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la watak putih, sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi watak kelabu pun tak cukup qualification.

bukan nak kata orang lah. diri sendiri pun macam itu jugak. apabila masuk bulan puasa perubahan dalam rutin harian hanyalah tak makan dari subuh dampai senja. malam pulak kalau tak kg pergilah join tarawih dengan orang-orang tua tu kat masjid. tapi kalau tak sini lepak je tengok tv. nak ketawa pada diri sendiri pun ada. selain daripada itu, kehidupan macam biasa jugak. solat ikut aci dan. layan FB jalan jugak. berjam-jam mengadap internet jalan jugak.  tapi tu lah kenyataan. ramadhan itu hanya diertikan oleh tidak makan. ramadhan itu hanya diertikan dengan jemputan buka puasa di sana sini. ramadhan itu dah jadi budaya dan bukan lagi tuntutan agama. tengok kat kl pun dah cukup laa... waktu berbuka puasa segala tempat makan yang ada mesti penuh. tak kira la gerai ke, restoran ke, kedai mamak ke, hotel ke apa. dan akan terus penuh sampai la nak masuk waktu isyak. dan orang kat situ tak surut-surut  jugak smpai waktu moreh. magribnya ke mana? isyaknya ke mana? tarawihnya ke mana? entah. ada makna ke seharian berlapar tapi benda yang paling asas tak buat.

dan baru aku tahu kalimah syahadah tu besar tanggungjawabnya nak kena pegang. dah tanggung kena lah jawab. tu baru namanya tanggungjawab. tanggung Allah punya amanat, nanti jawab sendirilah kat akhirat.

sekarang aku macam kasihan kat diri sendiri la kalu sampai bila-bila pun tak sedar sebab utama dicampak ke dunia ni. dan berapa ramai sebenarnya orang kat tanah air sendiri tu yang masih tak sedar-sedar? hari pertama puasa dah pasang lagu raya. orang sepatutnya kejar lalilatul qadar. tapi kita kejar lailatul kamdar.

bila ramadhan berlalu baru terhegeh-hegeh minta doa supaya berjumpa dengan ramadhan lagi tahun hadapan. aku harap ramadhan nanti jumpa dengan roh ramadhan itu. insyaalah. 

Tuesday 20 December 2011

Bil Terakhir

Semalam tengok tv9 rancangan Halakah. Tajuk "Bil Terakhir". Memang berdebar-debar jantung bila teringat tentang mati. Ustaz Muhammad Ridzuan Zainal Abidin kata kita seharusnya mengingati mati sebanyak 21 kali dalam sehari. Ingati mati dalam percakapan kita, dalam perbuatan kita, dalam hati kita dan dalam pemikiran kita. Dan ayatnya yang sangat mendalam terkesan pada hatiku ialah "mati itu bukan di belakang kita, bukan di sisi kita tetapi di hadapan kita yang semakin hari, semakin kita menuju ke arah kematian itu". Setiap orang akan merasai mati. Ini kerana, jawapan itu hanya Allah yang tahu kerana Dia yang mencipta mahkluknya dan hanyalah Dia yang berhak mematikan makhluk ciptaannya.
"Masihkah ada lagi insan yang menantikan kemanisan mati itu yang sebuah senyuman".

Monday 19 December 2011

Cadar yang mampu anda semua miliki

Setiap orang inginkan keselesaan tidak kira ia bersifat mewah atau sederhana. Perkara yang paling dekat dengan kita ialah keselesaan bilik tidur. Bilik tidur yang selesa, kemas dan indah terhias adalah idaman setiap insan. Untuk itu, cadar merupakan salah datu daripadanya. Namun, bagi mereka yang tidak mampu dari segi kewangan untuk memiliki cadar yang mahal malah berjenama seringkala membantutkan seni hiasan dan keselesaan bilik tidur kita.
Sekarang dengan harga yang murah anda boleh miliki cadar idaman anda. Setiap orang pasti akan mampu milikinya dan impian untuk mendapat keselesaan bilik tidur anda akan terlaksana.
Berminat sila hubungi alamat email saya drcantoonzaha@yahoo.com
atau boleh no mobil saya 017-2035018.